Bismillah..
Ini kisah semalam,
Dan masih segar di ingatan,
Juga meresap di dalam jiwa..
Dan masih segar di ingatan,
Juga meresap di dalam jiwa..
Pada mulanya,
Seperti tiada apa-apa,
Perjalanan dari ipta ke situ,
Naik bas dan melalui tol,
Dan hanya letak di fikiran,
Tugas sebagai seorang fasi,
Untuk kana-kanak sekolah rendah..
Seperti tiada apa-apa,
Perjalanan dari ipta ke situ,
Naik bas dan melalui tol,
Dan hanya letak di fikiran,
Tugas sebagai seorang fasi,
Untuk kana-kanak sekolah rendah..
Selain itu,
Hanya fikir ianya,
Hanyalah satu tugasan akhir,
Matapelajaran kokurikulum,
Tiada langsung penghayatan,
Di dalam sanubari aku..
Hanya fikir ianya,
Hanyalah satu tugasan akhir,
Matapelajaran kokurikulum,
Tiada langsung penghayatan,
Di dalam sanubari aku..
Namun apabila sampai,
Adik-adik itu sudah menanti,
Dengan teruja mereka semua,
Berdiri betul-betul di pintu pagar,
Dan menghulurkan tangan,
Ingin bersalaman dengan kami..
Adik-adik itu sudah menanti,
Dengan teruja mereka semua,
Berdiri betul-betul di pintu pagar,
Dan menghulurkan tangan,
Ingin bersalaman dengan kami..
Senyuman mereka terukir di bibir,
Keriangan mereka terpancar di wajah,
Keterujaan mereka terzahir di tubuh,
Keikhlasan mereka dapat aku rasa..
Keriangan mereka terpancar di wajah,
Keterujaan mereka terzahir di tubuh,
Keikhlasan mereka dapat aku rasa..
Sedikit demi sedikit,
Hatiku mula muhasabah,
Mereka mampu tersenyum,
Mereka boleh ketawa,
Mereka mahu belajar,
Walaupun ada antara mereka,
Sudah tiada ayah dan ibu,
Dan ada yang tergolong,
Dalam lingkungan fakir miskin..
Hatiku mula muhasabah,
Mereka mampu tersenyum,
Mereka boleh ketawa,
Mereka mahu belajar,
Walaupun ada antara mereka,
Sudah tiada ayah dan ibu,
Dan ada yang tergolong,
Dalam lingkungan fakir miskin..
Sepanjang berprogram,
Ada yang menangis,
Ada yang gembira,
Ada yang sangat aktif,
Ada yang pendiam,
Ada sahaja keletah mereka,
Untuk sebuah perhatian..
Ada yang menangis,
Ada yang gembira,
Ada yang sangat aktif,
Ada yang pendiam,
Ada sahaja keletah mereka,
Untuk sebuah perhatian..
Ada suatu adegan,
Untuk permainan kumpulan,
Sebelum dimulakan,
Datang seorang adik,
Meluru ke arah aku,
Diangkat tanganku untuk berdoa,
Dan dia berkata..
"Akak doakan saya menang ye.."
Aku terpana ketika itu..
"Sekarang akak, permainan dah nak mula ni.."
Rayunya lagi..
Aku membalas dengan senyuman,
Lantas berdoa ketika itu juga..
Untuk permainan kumpulan,
Sebelum dimulakan,
Datang seorang adik,
Meluru ke arah aku,
Diangkat tanganku untuk berdoa,
Dan dia berkata..
"Akak doakan saya menang ye.."
Aku terpana ketika itu..
"Sekarang akak, permainan dah nak mula ni.."
Rayunya lagi..
Aku membalas dengan senyuman,
Lantas berdoa ketika itu juga..
Duhai adikku,
Kau mengingatkan aku,
Doa itu senjata mukmin,
Walau sekecil-kecil perkara,
Kau tetap juga berdoa,
Menadah tangan memohon,
Pada Sang Pencipta..
Kau mengingatkan aku,
Doa itu senjata mukmin,
Walau sekecil-kecil perkara,
Kau tetap juga berdoa,
Menadah tangan memohon,
Pada Sang Pencipta..
Kalian anak hebat,
Kalian insan tepilih,
Fi hifzillah adik..
Kalian insan tepilih,
Fi hifzillah adik..

No comments:
Post a Comment