Thursday, 17 October 2013

R.I.N.D.U



Hati ini rindu. Pada siapa gerangan yang bertuah itu?
Jeng.. jeng... jeng...


  
Susur gajah yang dilalui untuk ke kelas, surau, dewan, asrama dll..
 Paling best kenangan kena denda diri ramai2 lepas prep malam sebab… (biarlah rahsia, hehe)





Aspuri yang meninggalkan 1001 kenangan dalam memori…
  lagi2 masa aktiviti dalam musolla dan GoRo...
Semuaya buat sama2 kan...




ha!!! tu dia.. medan petempuran selama 5 tahun.. SIB, SDEA, SMRA, PMR, SMA and lastly SPM...
Masa dalam ni, macam-macam kan perasaan dalam hati tu... dup dap dup dap... Hanya ALLAH yg tahu.. Alhamdulillah masing2 dapat kejayaan dan kini kita menyambung pelajaran di dalam dan luar negara..



Ingat lagi tak, hadis pertama yang kita semua belajar masa form 1 dulu :

"Tidak beriman seorang kamu itu melainkaan dia mencintai sahabatnya 
sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri "
(Riwayat al-Hadis)

Kasih sayang antara kita semua tidak pernah berakhir walau kita sudah terpisah membawa haluan masing-masing. Mungkin cara kita meluahkan, mempamerkan, memberikan kasih sayang berbeza tetapi kita belajar menerima antara satu sama lain. Tipu la kalau selama bertahun-tahun menyulam kasih sayang tak ada hati yang terluka, tak ada air mata yang mengalir, tak ada muka yang bertukar jadi keruh dan macam-macam lagi. 

Biar gambar-gambar ni menceritakan segalanya.... 



_wajah keriangan yang sentiasa dipamerkan_
 

_bersama ustazah salti_ 




_kenangan kem bahasa 2011_


_kat dewan makan pun kita posing...tqvm cik lan dll_


_inilah barisan GPA (gagasan perwakilan asrama) yang sentiasa siap sedia menjalankan tugas_


_jom cari muka sendiri (^^,)_


Kenangan yang sengaja ingin ku biarkan bermain di ruang mata dan belayar di kotak fikiran...
Duhai sahabat, aku bukanlah insan yang terbaik dalam berkalam apatah lagi menulis..
Tanpa tazkirah dari kalian, aku menjadi insan yang dahaga..
Tanpa kekuatan kalian, aku merupakan insan yang rapuh..
Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang untuk menghapus segala rindu di hati..
Andai suatu hari kelak kau terbaca nukilan ini dan pada ketika itu aku telah pergi buat selamanya, aku mohon kemaafan dari kalian, aku sedar akan kelemahan yang ada pada diri ini. Aku minta kau halalkan segalanya... Ku doakan kita dapat bertemu di Jannah kelak agar rindu ini terlerai...





p/s :lepas tengok video ni... korang jangan nangis tau.. 


#semoga ALLAH jaga kalian semua di setiap langkah...